






COCONUT SHAKE MELAKA
Minuman ikonik Melaka, resepi asli penuh kesegaran kelapa muda. Rasai kenikmatan setiap hirupan, dari Batu Berendam ke seluruh Malaysia. Coconut Shake Melaka bermula dengan satu misi mudah – menyajikan kelazatan kelapa muda segar dalam setiap hirupan. Dengan kombinasi santai & penuh rasa, kami menjadi pilihan pelanggan dari seluruh negara.
Coconut Shake Biasa
Ringkas, segar & penuh rasa asli kelapa muda.
Coconut Shake Special
Ditambah dengan aiskrim vanila, lebih pekat & memuaskan.
Coconut Shake Double
2 scoop aiskrim padu, pekat, puas hati!
Pelam Shake
Rasa mangga asli, manis yang asli dan aiskrim vanila.
Selamat Datang ke Melaka!!!
Tahun Melawat Melaka 2024 adalah inisiatif kerajaan negeri Melaka untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri dan menarik lebih ramai pelancong domestik serta antarabangsa. Dengan tema “Melaka Rumah Dunia” (Melaka Home of the World), kempen ini bertujuan untuk menonjolkan kekayaan budaya, sejarah, dan warisan Melaka yang unik.
Antara fokus utama Tahun Melawat Melaka 2024 adalah meningkatkan pengalaman pelancong melalui pelbagai acara dan aktiviti, seperti festival kebudayaan, pameran seni, dan sukan tradisional. Infrastruktur pelancongan juga akan dipertingkatkan untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelancong.
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka terletak di Pulau Melaka dan dikenali sebagai “masjid terapung” kerana kelihatan seolah-olah berada di atas laut ketika air pasang. Dibina dengan seni bina Islam moden bercampur elemen Timur Tengah dan Melayu, masjid ini menjadi mercu tanda indah yang sering dikunjungi untuk beribadah dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Selat Melaka.
Perkampungan Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka. Ia dibina bagi memperingati pahlawan legenda Hang Tuah dan empat sahabatnya — Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Kawasan ini menampilkan rumah tradisional Melayu, Galeri Hang Tuah serta pusat latihan silat, melambangkan warisan sejarah, budaya, dan nilai kesetiaan serta keberanian bangsa Melayu.
Menara Taming Sari ialah menara tinjau setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Ia menawarkan pemandangan 360 darjah bandar bersejarah Melaka dari ruang kapsul berpusing. Dinamakan sempena keris lagenda Hang Tuah, menara ini menjadi salah satu tarikan moden utama di negeri bersejarah tersebut.
Jonker Walk
Jonker Walk terletak di tengah-tengah Bandar Hilir, Melaka, dan merupakan salah satu tarikan paling popular di negeri ini. Kawasan ini terkenal dengan deretan kedai warisan, makanan tempatan, barangan antik, serta pasar malam yang meriah setiap hujung minggu. Jonker Walk mencerminkan keunikan budaya dan sejarah Melaka melalui suasana jalanan yang penuh warna, muzik, dan kepelbagaian masyarakatnya.
Our Supporters Web
Food Truck
kami mempunyai 5 buah “food truck” yang bergerak ke seluruh malaysia termasuk singapura tujuan memudahkan pelanggan luar melaka mendpatkan produk kami.
Kami juga menerima sebarang jemputan majlis keramaian.
GOOD Based on 6784 reviews Posted on Mohd Azmi KasimTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Tempat peniaga kecil berniaga banyak pilihan dan jualan yg di pamirkan sesuai utk kita berhemti dan membuat pilihan.Posted on Nazmi MamatTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Owner masih kekalkan harga marhaen. Byk makanan selain coconut shake boleh dapat di sini. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Semoga bertambah maju.Posted on Naim A.RumziTrustindex verifies that the original source of the review is Google. PADU